Mengumpul & Menjual Piring Hitam/Record/LP/Vinyl
(Collecting & Selling Records/Vinyl & LP)


Attention to Visitors:

Sila klik FOR SALE pada tag "Labels" dibawah untuk memudahkan pencarian piring hitam untuk dijual.

To search for sales item (Vinyl/Record/LP) please click FOR SALE tag under "Labels".

12 February 2010

Piring Hitam vs Cakera Padat (CD)

Sambungan daripada episod lepas (LP vs Kaset), cerita kali ini berkisar tentang pertarungan yang lebih dahysat; iaitu LP menentang CD. Perubahan yg rapid & kecanggihan teknologi sama sekali tidak dapat dinafikan impaknya ke atas kewujudan LP di dunia ini. Akibatnya, kelibat CD telah berjaya menjatuhkan penguasaan LP sebagai medium utk menyalurkan musik ke telinga manusia. Kuasa baru ini dilihat sebagai medium yg lebih hebat berbanding dgn LP. Antaranya; tidak mudah rosak, lebih mudah disimpan/diuruskan, tahan lasak, jangka hayat yg lebih panjang & boleh dipasang didalam kenderaan.
Illustrasi : The Clash - Give Em Enough Rope (LP & CD)
Dipetik daripada kata-kata seorang collector, ketika itu harga piring hitam jatuh merundum & dianggap seperti surat khabar lama (jual harga longgok jer) Masa itulah ramai collector2 waras & bijak, mengambil peluang mengaut seberapa byk LP yg mungkin dgn harga yg teramat murah (mmg best,kalu dapat sapu time tu). Oleh itu, dari segi arif teknologi, CD memang tiada tolok banding nyer. In my humble opinion, piring hitam mungkin menang dari aspek artwork & saiz, kecuali mamat2 audiophile yg terus tegar mengatakan sound LP jauh lebih sodap dari CD (ada lenggok & liuk nyer...ntah aku pn tak faham, mungkin sebab set aku biasa jer..hehehe). Anyway, I am not bias & saying that CD is not good, it just that I am addicted to vinyls.
*CD collectors di luar sana, tabik hormat.....

2 comments:

andy said...

salam... aku sendiri skip zaman cd. start belajar muzik dengan kaset dan terus lompat kepada LP...
bagi aku, menyimpan LP ada kelebihannya iaitu tak semua kawan boleh meminjam dan memeram LP kita (sbb tak ramai ada turntable).

record12inci said...

betul,teman sokong...